Sunday, March 16, 2008

Babah..

Air-mata kenangan



“Rrrring…rrrring…ringgggg…rrrring”

Talipon berdering-dering. Ku kucar kacir mencarinya, rupanya ada di dalam beg tanganku. Wah… bila berdering terlalu lama, panik di buatnya. Seolah-olah macam tidak tercari telepon bimbit di dalam beg sendiri.


Zaharah : hello..

Hanya hembusan nafas kedengaran seketika saja kemudian…

Babah : hello…ello sayang..

Suaranya berbunyi agak dalam tapi lembut dan lemah. Dan baru ku sedari rupanya suara babah yang telah lama tidak kedengaran. Ku terdiam sejenak dan kemudian meneruskan bertanyakan ayah.


Zaharah : babah di mana

Suara yang lemah begitu sayu sekali menjawab.

Babah : babah di hospital sayang


Tersentak dan terkejut. Kenapa sekarang. Kenapa tidak dulu. Terimbas kembali betapa lamanya ayah menghilangkan diri. Tidak kedengaran khabar berita nya. Tetapi dengan panggilan itu membuatkan ku terduduk lentok. Mesti ada sesuatu yang penting hendak di beritahu- nya. Hati ku berdebar-debar untuk mengetahui apakah bakal hendak di nyatakan kepadaku.

Terus ayah bertanya khabar ku. Tanpa ku sedari, ku dengan rasa ketakutan, cemas , badan menggeletar, tangan kajar-kajar bertanya….


Zaharah : kenapa bah? Babah buat apa di hospital?

Babah : babah kan operation.

Zaharah : operation apa bah? Maksud babah operation,
operation kah?


Babah : au. Babah kan operation kepala. Ada
ketumbuhan di kepala babah. Nya doctor,
mesti dioperation. Kalau nda makin basar.


Dengan tidak ku sedari menitik air mata ku membasahi mukaku. Suara ku berubah. Sehingga ku rasa ayah menyedari yang aku menangis. Keaadan makin tension. Mengapa ah…

Dengan sekelip mata ku terus terbayang kisah-kisah sewaktu ku masih kecil. Begitu membuat ku tersenyum. Sayang kami berpisah kerana ayah ku telah mengahwini ibu tiri ku, membuatkan ku tidak serapat dengan ayahku. Ibu tiri ku selalu melarangku agar tidak terlalu rapat dan manja pada ayah dengan alasan aku sudah besar. Aku tidak mengerti maksud ibu tiri ku. Ku agak keadaan tidak mengizinkan ku untuk menikmati kasih seorang ayah. Apa kah salahnya seorang anak bermanja dengan seorang ayah. Ibu tiriku…. Ibu tiri ku…..

Bayangkan begitu manja sekali aku bersama ayahku. Duduk di hujung kakinya jika dia melayani tetamu yang berkunjung ke rumah. Ayah juga selalu membawa kami ke pantai. Selalu masa itu dalam perjalanan ke pantai, berbagai

karenah yang membuatkan aku tersenyum bila terkenang. Apa tah lagi apabila ku terdengar lagu-lagu nostalgia yang selalu ku dengar sewaktu kecil, kadang menginginkan to turn back time to get and feel the love that I have missed.

Terlalu banyak kenangan yang di perolehi dalam masa yang begitu singkat, dengan sekelip mata ku membayang kan kesemuanya. Coba Bayangkan seuatu ketika. Ayah tidor. Tidak menyedari kotak macis serta rokok nya di sebelahnya. Apa lagi, adek ku berunggau, meniarap, mengambil macis. Ayah tidak sedar. Semua orang di dalam rumah tidor. Waktu petang. Belari ke bawah rumah, adek ku mengajak ku masok ke dalam kereta. Lalu ku turuti. Kami masok ke dalam kereta. Mengambil kertas di belakang kereta. Sunyi waktu itu, hanya kami berdua saja berada di dalam kereta. Dalam perumoran yang masih muda, ya muda, bayangkan saya dalam usia lima tahun dan adek dalam usia empat tahun. Duduk di belakang kereta merasa begitu gembira kerana mendapat kotak mancis tanpa pengetahuan orang tua yang ada di dalam rumah.

Adek membuka kotak mancis. Mula menghidupkan mancis. Api menyala. Di bakar ke kertas yang ada di tangan kami. Pintu kereta di kunci. Masa tu kereta charmant. Entah apa yang di fikiran kanak-kanak. Tidak mengetahui apa baik dan apa burok.

Berdua adek-beradek panik. Berpindah ke depan. Asap memenuhi ruang kereta. Begitu panik dengan tidak tau mencari handle pembuka kereta. Aku teringat, menurunkan cermin kereta. Api menyala sedikit demi sedikit di belakang kereta. Memikirkan hanya untuk mengeluarkan dan menyelamatkan adekku. Cermin dapat diturunkan dalam dua kaki. Lalu ku tarik tangan dan mengangkat badan adek dan menolaknya melalui jendela kereta.

Sangat menakutkan sekali. Akhirnya, kereta ayah terbakar, riuh sekampong. Duduk di atas tangga, nenek menahan ku dan ayah terbangun dan memeluk kami. Menitik air mata nya bercampor kemarahan. Bomba datang coba untuk memberhentikan kebakaran yang berlaku. Tapi tidak berjaya… kereta hancur, remuk. Segala dokumen-dokumen yang mustahak habis terbakar. Namun ayah tetap memeluk kami berdua.

Dan satu lagi, ayah sedang tidor. Ayah seorang instructor karate. Dan ayah sangat sensitive. Tertutama pada bahagian tapak kaki nya. Apa lagi, seuatu petang, sedang ayah tidor, aku berada di hujung kaki nya. Dan tidak memikirkan apa-apa lagi terus ku kelitik tapak kaki nya. Ayah terus menendang dan terbangun, ku terpelanting ke hujung bilik. Bayangkan…. Ha..ah…

Lagi satu, ketika ayah membawa kami keluar, membeli ayam goring. Sampai di rumah, ku cepat-cepat membawa bunkusan ayam ke dapor. Dan membuka bungkusan. Mengambil satu ketul ayam dan ku simpan di dalam oven. Pada waktu meyediakan makanan di atas meja, dan duduk semua hendak makan, ayah bertanya.


Babah : “eh, mana tia lagi ayam ani? Tadi babah bali
anam. Ani tinggal lima tia? Mana tia?”.


Menyampok adek ku.


Adek : “ha..a…. kakzah mengambil satu bah.
Disimpan nya dalam oven.”


Dan apa lagi, ayah terus menyuroh ku mengambil ayam itu dan mengembalikan ayam itu ke pinggan di atas meja. Pada waktu itu, mereka mentertawakan aku. Memang waktu kecil, rasa malu sekali. Tapi bila dikenang, tertanya juga dalam hati ini, “kenapa aku catu ah?”

Ku terkenang semua itu dengan sekelip mata. Sambil mendengarkan hembusan nafasnya. Ayah dulu ku kenali seorang perwira. Kuat dan berdisiplin. Orangnya ku pandang tinggi, segak dan mempunyai nada yang garang. Ku panggil My Hero.

Kukenang semua, membuatkan aku tertawa dan menangis. Semuanya bercampor adok. Apakah ini satu cobaan? Kenapa cobaan ini terlalu pahit untuk ku lalui? Apakah aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka? Atau haruskah aku melawan kehendak Ilahi?

Dapat ku rasakan seperti ayah dalam keadan yang tidak selesa untuk memberitau ku pada awalnya. Tapi mungkin dalam keaadan yang lemah dan tidak kuat untuk bergerak lagi, tiada arah melainkan untuk berhubung dan merapat kan kembali kasih ayah pada anak. Sekarang ayah sudah sakit, yang dulunya kuat megah berdisplin. Sekarang di angkat di gilir kerana terlalu lemah dan tidak bermaya.

Beberapa hari kemudian….Sebelum menjalani pembedahan, ibu kandungku menyuroh ku agar mengingatkan kepada ayah untuk memperbanyakkan selawat. Ayah kelihatan gelisah. Tapi dia tetap tidak mahu melihatkan pada anaknya ini yang dia dalam ketakutan. Dari mata ayah, aku nampak seolah-olah dia menyesali sesuatu. Aku coba untuk tidak menampakkan kesedihan ku. Namum bukan senang untuk ku menyembunyikan perasaan ku.

Selepas menjalani pembedahan kepala, ayah dikejutkan dan saya berdiri di sebelah nya. Membuka mata ayah terus tersenyum dan mencapai tanganku. Ayah gembira mengetahui ramai keluarganya berada di tempat biliknya.

Enam bulan berlalu. Setiap hari ku menahan rasa, sakit di hati namun terpaksa jua ku tempohi. Membawa ayah ke tempat pemulihan. Agar ia menjadi sehat kembali. Menitis air mata melihat keaadan ayah begitu. Jauh rasa hati untuk melihat. Apatah lagi melayannya setiap hari.

Dalam masa itu juga ku di lamun dari ingatan, terkenang sewaktu ayah sehat. Masa tiada untuk melayani anaknya sendiri. Terlalu lalai, mengejar masa, mengejar cita-cita, berjoli-joli bersama kawan-kawan, akhirnya jatoh sakit. Tiada kawan yang datang untuk menghiburkan hati yang duka sewaktu sakit, siapa mau berkawan dengan orang yang sakit. Saat ini baru lah terkenangkan anak-anak. Baru lah ada masa untuk meluangkan masa untuk anak-anak. Kasih anak-anak paling berharga, masih kuat walaupun ayah membiarkan.

Belum lama, doctor telah memberitahu berita yang tidak baik. Mendengar kan berita yang melukai hati ku, seolah olah ku tidak percaya apa yang akan terjadi. Ku teresak-esak menangis tidak dapat ku tahan kesakitan hati. Mengapakah ini harus terjadi kepada ku. Mengapa kah aku yang mengalami ini.

Ayah dalam keaadan nazak. Akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Dan meninggalkan segala kenangan kepada ku. Dari nafas yang dihembuskan kali terakhir, ku duduk terkenang betapa kasih ayah yang ku inginkan selama ini berakhir dari detik itu.

No comments: