Sunday, June 8, 2008

ADA YANG MELAWAT KITA SETIAP HARI

Kita ada pelawat setiap hari! sekadar satu peringatan

Assalamualaikum ...Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 'Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masihberseronok-seronok bergelak ketawa.'

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati lehmalaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit


Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.


Renung-renungkanlah...... Wallahualam

2 comments:

Anonymous said...

ZURAA. i think you're so alim. seswailah jadi DJ! [:

Anonymous said...

wa'alaikum salam..betul..sesuai dgn firman tuhan:tidak ku ciptakan jin dn manusia di mukabumi ini melainkan untk berubudiah..(beribadat) kpd ku..wassalam..