Itu lah kelemahan manusia.. mau saja keindahan suasana itu tercorak dengan sendiri.. bermula nya hidup ini kosong.. terpulang kepada mereka untuk di isi dengan apa? Isi lah hidup ini dengan kelembutan kata bahasa yang indah.. senyuman yang manis dan nescaya hidup mu akan bahagia..
Tuhan yang mencipkatkan langit dan bumi serta seluruh yang ada di dalam nya termasuk kita berdua.. tak pernah pun kita berjumpa dan nampak.. akan tetapi ia amat memahami diri kita dan membuatkan kita selalu rindu pada nya..
Dunia ini bagai bahtera yang berulang alik membawa manusia datang dan pergi silih berganti. Kini mereka, kau dan aku sedang berada di atas bahtera ini untuk di hantar ke satu destanasi yang tidak pasti... entah kemana .. hanya Tuhan yang mengetahui segalanya..
Maka borsolat lah.. dan mudah-mudahan dengan bersolat, doa akan di terima serta dengan pahala solat akan membuat kan kita bertemu kembali dengan orang-orang yang kita sayangi di akhirat nanti.. Amiin....
Walau dalam apa sekali pun.. ujian dan dugaan yang kita lalui.. tawakal dan sabar. Jangan sesekali tinggal kan solat. Memang susah..payah.. untuk memulakan dan meneruskan, tetapi ada hikmah di sebalik kepayahan itu..
Yakin lah Tuhan Maha Adil.. Janji Tuhan = Jangan berduka-cita jika apa yang kamu inginkan tidak kamu perolehi di dunia ini, kerana ia pasti ada di akhirat untuk mu..
ZuraHB
No comments:
Post a Comment