Monday, January 24, 2011

Kehabisan Cerita..

Masa mula mula dulu, yes banyak cerita. Selepas setahun.. boh ada tia satu cerita. Lepas dua tahun kedengaran orang bercerita. Ke tiga tahun.. rasa macam inda mau dengar cerita cerita. Empat tahun ... sekali ada sekali nada. Asyik di tipu, tertipu.. jadi macam biasa sudah. Ke lima tahun.. ada sakajap.. hilang tia. Ada lepas atu kurang pasti menjadikan sebuah cerita yang penoh kesakitan, keperitan, kebencian timbul, tapi masih tidak pasti. Ke enam tahun.. ya masih mendengar cerita cerita. Lalu membuat hala sendiri. Membawa diri lah. Tapi eh.. kenapa tia. Pun juga pandai tia buat cerita. Ke tujoh tahun cerita punya cerita .. lama lama jadi satu episod kehidupan terpaksalah membuat satu conclusion. Bah jadi?

Sudah jadi, kali telampau lama atu, jadi kehabisan cerita. Belajar sesama untuk mengenali tapi barangkali interest sudah tiada lagi, kawan kawan jadi penganti. Sunyi tia balik.. Macam tia lagi inda ada cerita .... Nada spice terlalu comfortable kali. Tapi ... manusia tetap manusia. Masih punya perasaan. Kenapa tia tiada kehangatan atu? Kenapa tia membisu nafsu atu? Kenapa tia inda ada kan di cerita kan atu? Kenapa tia?

Banyak persoalan namun tiada jawapan. Harus jua di lalui, walaup pahit. Mungkin pahit kali dulu.. kemudian manis nya. Tapi inda jua mau arus sudah lama baru tah kan ada manis? Kenapa tidak masih ada usul? Masih okay bah? Masih boleh bah? Inda jua ada jawapan nya. Terlalu ganggu emosinya. Pasti tiada komunikasi. Pasti tiada belaian. JABLAI.. Tau apa JABLAI? Kurang di belai.. Tau pun.. Siok sendiri tia. Jika ada yang sedia mendengar, nah di sini lah terjerat simpati yang mungkin akan mengakibatkan perbelahan dan pepecahan dalam hubungan. Sebab ia mau mendengar. Ia lebih perihatin. Ia lebih entah apa lah...

Bah .. dulu cerita kau dan aku pun sama jua. Mula mula ya.. tapi sudah lama lama .. bangas tia jua. Kalau selalu sudah, inda jua membari watir. Tau jua akhirnya ... mungkin alum dalam setahun dua ani, tapi kemudian suatu hari nanti.. ada jua tu. Inda puas untk kehendak diri, apa kan daya kita manusia bukan jua sempurna.

Akhirnya kehabisan cerita. Siapakan kan menyambut dan memebuat membuka cerita baru? Jadi tanda tanya. Di tanyakan apa ciri ciri mesti ada? Nah jawapan nya ..

  • Hati yang penoh cinta.
  • Sikap murah hati dan penoh perhatin.
  • Tidak terlalu cemburu.
  • Ramah.
  • Mempunyai nilai-nilai moral yang sama.
  • Saling percaya dan integristas.

Coba tia tambah lagi dengan KESEDIAAN DAN KERELAAN untuk mengakui contibution dalam masalah berdua. Kesediaan ani mempunyai pengaruh besar hingga di combine dengan cinta yang tulus, akan merasa hubungan lebih baik.

Jangan sampai yang dua jadi tiga. Jangan sampai cerita kau dan aku jadi cerita aku dan dia dan kau lah.. Hahah!!

No comments: