Wednesday, April 23, 2008

SURAH A-LI 'IMRAAN

JUZ KEEMPAT (AYAT KE 92)


Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi (121). Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.


(121)Mendermakan hartabenda dan apa sahaja walau bagaimana kecil dan sedikit jumlanya - ada lah berpahala. Tetapi hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna serta besar pahalanya, tidak akan dapat di capai sebelum kita dermakan hartabenda dan apa sahaja yang bernilai dan sangat-sangat disayangi, kerana dengan melakukan yang demikian berma'na kita dapat mengalahkan perasaan bakhil kedekut dan meningkat ke darjah taqwa.


Ps. I was reading Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an yang diterbitkan oleh: BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM Jabatan Perdana Menteri.

No comments: