Monday, February 7, 2011

BULAN BULAN ISLAM

i GOT this from Takaful Brunei Darussalam Desk Calender 2011.


MUHARRAM
: Ertinya 'yang diharamkan' atau 'dipantangkan' kerana di dalam bulan ini di larang menumpahkan darah. Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah membatalkannya.

SAFAR: Ertinya kosong atau kuning. Di dalam bulan ini, semua lelaki bangsa Arab zaman dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada pergi berperang atau berniaga, mengembara dan sebagainya.

RABIULAWAL: Ertinya 'penentapan pertama.' Di dalam bulan ini, semua lelaki yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumah masing-masing. Bulan ini juga 'musim bunga yang awal'.

RABIULAKHIR: Ertinya 'penetapan terakhir'. Di dalam bulan ini semua lelaki yang sebelumnya keluar meninggal kan rumah telah kembali berada di rumah masing-masing untuk terakhir kalinya. bulan ini juga digelar 'musim bunga yang akhir'.

JAMADILAWAL: Ertinya 'kering' atau 'beku'. Di dalam bulan ini orang arab zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, perigi, sungai, lembah dan tasik menjadi kering.

JAMADILAKHIR: Ertinya 'penghabisan' atau 'kering yang penghabisan'. Dalam bulan ini orang araz zaman dahulu mengalami kekeringan air/kemarau uang penghabisan atau yang terakhir.

REJAB: Ertinya 'mulia'. Orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan ini dengan 4 cara, iaitu 1.Pada 1 Rejab, mereka akan menyembelih anak unta sebagai tanda penghormatan..2.Pada 1 Rejab juga mereka membuka pintu Kaabah siang dan malam supaya dapat beribadat dengan sepuas-puasna. 3.Pada 10 Rejab mereka kembali menyembelih korban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam. 4. Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan I slam, larangan ini juga telah dibatalkan.

SYA'BAN: Ertinya 'berserak-serak' atau 'bertebaran'. Di dalam bulan ini, orang Arab zaman dahulu akan bertebaran ke lembah, tasik, sungai dan sebagainya untuk mencari air deebabkan oleh kekeringan. Ia juga dinamkan bererak untuk mencari kebajikan.

RAMADHAN: Ertinya 'panas terik' atau 'terbakar'. Cuaca di Jazirah Arab pada bulan ini sangat panas terik sehinggakan sesiapa yang berjalan kaki tanpa memakai alas, pastinya kakinya akan melecur. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam 'bulan ini juga dapat membakar dosa-dosa yang lalu'.

SYAWAL: Ertinya 'naik'. Di dalam bulan ini, apabila orang Arab menaiki unta laludipukulnya belakang untu, ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan lain tidaklah berlaku sedemikian. Pada masa Islam, Syawal diertikan segabai naik atau peningkatan amal kebajikan setelah sebelumnya dilatih selama sebulan dengan berpuasa Ramadhan.

ZULKAEDAH: Ertinya 'yang empunya duduk'. Di dalam bulan ini semua lelaki yang menetap di rumah masing-masing tidak keluar bermusafir atau mengembara.

ZULHIJJAH: Ertinya 'yang empunya haji'. Di dalam bulan ini semua umat manusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermula dari zaman Nabi Adam A.S sehinggalah sekarang. Adapun tatacara ibadah haji pada waktu itu adalah berlainan dengan tatacara ibadah haji di dalam Islam.

No comments: