Friday, July 23, 2010

BERI SALAM.

Dimana pun kitani, beri Salam. Di tempat baru, tempat gelap, dalam hutan, masok ke pulau atau mana mana saja. Beri Salam.

Satu cerita.

Ada seorang atu, kitani panggil saja nama nya A. Dengan niat baik A ani kan sembahyang Maghrib. Yang paling hampir di hospital. Ada surau. So begagas A kan ke hospital, laju waktu Maghrib. Sesampai nya di kawasan hospital, nampak ia kosong di belakang arah bilik mayat. Apa lagi, takut orang lain nampak, terus laju menyumbatkan keretanya di tempat kosong. Tergopoh gapah ia ke surau untuk menyempati. Begagas lah ceritanya di sini ani jua.

So, bila nya sampai ke surau, kurang pasti sama ada selesai sembahyang, atau belum, yang pasti ia pengsan. Pengsan inda sedar kan diri. So, like kerasukan. Ada makhluk alus dalam badan nya. Bila kena tanya, kenapa ada dalam badan A? Kenapa mengangu A? Jawabnya 'ia telanggar anak ku. Anak ku mati olehnya.' Apa lagi kena yang becakap sama atu nya 'inda jua A nampak nya?' Nya 'eh! mana peduli, memberi salam pun inda!' - so A mati. A meninggal lepas atu.

Niat baik, akibat inda memberi salam, pun boleh jadi macam atu. Ia tah, kitani manusia ani, bukan kitani saja yang ada di dunia ani. Banyak makhluk jua yang berkeluarga, beranak pinak macam kitani. Jadi, kitani inda nampak tapi makhluk lain nampak kitani.

Aku ani pun memberitahu, mengongsikan bersama ada lah untuk bersama jua. Kekadang lupa ku jua beri salam. Tapi bila ingat, beri salam. Jangan tah keluar jika inda perlu waktu Maghrib, kalau dapat di rumah, di rumah tah. Tapi kalau ada urusan, berhati hati saja.

You berhati hati. Me pun berhati hati. Semoga kitani semua dalam lindungan Allah. Amin..

1 comment:

illuzion_182 said...

Assalam Dj Zura..i just came across your blog, and just wanted to let u know that reading your contents makes me feel all warm inside..You Dj Zura,are a wonderful person and plz keep on blogging despite whatever..Psst..you are a rarity among us diamonds.dont u ever forget that.