Friday, August 1, 2008

PENGAJARAN UNTUK SEMUA...

NASI LEMAK SALAH SEBUAH KAMPONG..

PENGAJARAN UNTUK SEMUA ....


Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian ....Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong INI, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak.

Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris. Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yangdimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau.

Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengautkeuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakanbahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujanrenyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untukmembantu.

Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahajadalam ilmu perubatan ini. Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakinkuat.Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat L.R.M itu dan memberi salam.

Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam. Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannyaberpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas.

Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yangdigunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yangbercabang seperti ular.

Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat danmeronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripadabawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiranmengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh dengan ............ ... ............ ... Nasi Lemak !!!!! Heh...Heh... . Heh...HAH..HA.H.. HUH..HUH... CALI KAN.. SUSPEN BAH.. SUKA EH..


Jangan mare ....... Dah! Cerita ni tipu jer.........Pergi buat keje tu haa ...apo ... nak makan gaji buto ko ????? *p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ...... "Siut betul! bukan main serius aku baca cerita ni YOU PUN KAH?? HE.HE.. Bah buat tah kaja..

No comments: