Sunday, April 11, 2010

Sifat Penakut dan Pengecut

Tak ada suatu tabiat yang lebih buruk dan lebih hina selain dri sifat penakut dan pegecut.

Perangai penakut itu, apabila telah berakar dan bersemi dalam jiwa sesuatu bangsa kehinaan dan kerendahan sajalah yang menjadi peruntungan bangasa itu. Bangsa yang penakut bersifat rendah, lemah, beku, pasif, statis, rosak, layu dan akhirnya mati.

Sifat penakut itulah yang menghambat kita bergerak, yang menghalangi kita berjuang dan yang akan menyurutkan kita dari melangkah maju ke muka. Kerana itulah tidak menjadi hairan kalau pepatah mengatakan:

"Bahawasanya si pengecut itu, kematiannya di atas batang hidungnya".

Sifat penakut itu sedikit pun tiada berpadanan dengan undang-undang Iman dan Islam. Orang yang mukmin, percaya sungguh bahawa buruk baik itu semata-mata datangnya dari Allah sendiri. Maka apakah sebabnya kita bersifat penakut dan pengecut?

Sifat penakut itu timbulnya kerana kurang percaya kepada janji-janji Allah dan kerana kebodohan semata-mata. Ingatlah firman Allah :

"Di mana saja kamu berada, pastilah kamu akan didapatkan mati, walaupun kamu bersemayam dalam mercu yang tinggi". (Q.A.78.S.4:An-Nisa')

maka barangsiapa menyangka, bahawa Iman dapat berkumpul dengan sifat penakut di dalam sesuatu jiwa, nyatalah orang itu menipu diri sendiri.

Di petik dari - Bagaimana memiliki JIWA yang TENANANG

No comments: