Monday, August 9, 2010

RAMADAN

Keburokkan dan kejahatan yang kitani pernah lakukan, agar kita sedar dan berhenti daripada melakukan nya. Bukan di Bulan Ramadan ani saja, tapi bila bila pun. Dan menjelang Ramadan ani, i terbaca satu article which i prefer to share with you.

Muhasabah diri kitani, membuat renungan diri, menilai semuala amalan yang sudah kita lakukan, menilai kedudukan diri di sisi Allah Maha Pencipta. Kebaikan yang telah kita lakukan di dunia, keburukan yang masih bersarang dalam diri dan penghujung kehidupan yang bakal kita lalui selain membayangkan apa kesudahan kita di akhirat nanti.

Musahabah diri, Insya-Allah akan membawa kita arah suatu perubahan minda dan memberikan semangat untuk kita memperbaiki diri. Usaha ini amat di galakkan menjelang Ramadan, kerana Ramadan ada lah bulan yang mulia dan penuh rahmat.

Dengan kuasa Allah, mungkin kita akan belajar 'memproses diri' sepanjang Ramadan berlangsung dan berubah menjadi 'manusia baru' apabila Ramadan melabuhkan tiranya.

Berdoalah dan pasang harapan dalam hati. Mudah-mudahan ini adalah Ramadan kita yang terbaik. Andai kita tidak sempat bertemu Ramadan tahun depan (kerana kita sudah kembali pada-Nya), kita sudah berpuas hati kerana kali ini kita dapat meraikan Ramadan terbaik kitani.

Mudahan apabila you membaca this one, sampai lah apa yang i wanted to share to you too.. Semoga kitani semua dalam lindungan Allah. Amin.

No comments: