Friday, February 4, 2011

BINI-BINI

Kitani bini-bini jangan terlalu mengharap atau menuntuti tanpa berusaha. Dalam dunia ani, memang ada yang senang dan ada yang susah. Pada yang senang akan merasa susah. Yang susah akan merasa senang. Inda tau macam mana perjalanan hidup masing-masing. Memang susah untuk di duga-duga. Apa.. malang tidak berbau dan tuah ayam siapa yang tahu.. Jadi sentiasa lah bersedia-sedia untuk menghadapi masa depan yang penoh dugaan ani.

Ada yang senang terus di beri kesenangan tapi alum tantu hati senang. Dari mata harta dunia, ya senang. Tapi hati siapa yang tahu. Mengharap akan harta dunia, harta zuriat yang diberi, nampak senang namum.. hanya Allah saja yang mengetahui.

Ada yang susah terus di beri kesusahan tapi siapa tau hati nya tenang dan senang dari harta yang tidak di miliki. Harta dunia tidak di beri melimpah ruah, tapi ketenangan dan harta zuriat yang cukup penoh dengan ilmu dan kaya dengan hati yang mulia, bertaqwa, sempurna pengajaraan dalam aspek hidup untuk dunia akhirat ...

Ya Allah Maha berkuasa Allah yang Maha Esa, Allah yang Memiliki Alam dan segalanya, memberikan kehidupan kitani penoh makna.

Yang beruntung lagi memiliki kekayaan harta dunia, kekeyaan hati yang mulia. Namum bila keduanya ada terlalu sempurna untuk setiap manusia memilikinya.

Mesti ada yang angkuh dan sombong jua dengan kepandaian nya dalam ilmunya dan ada jua yang memilih dengan siapa harus dan 'hanya untuk siapa harta nya' , berfikir barangkali harta dunia hanya untuk sendiri dan familinya nya..

Ada sebab di beri kekayaan harta dunia, ada sebab di beri kekayaan harta zuriat, ada sebab juga di berikan kekayan hati.. Semua memepunyai sebab.. Jangan sesat sampai tiada sempat untuk mengenal apa erti semuanya.

Khutbah Jumaat.. "Mungkin saja ia terselamat di dunia, namum belum pasti di akhirat kelak." atu mengenai rasuah. Maka nya banyak yang harus di pelajari.

Bini-bini.. jangan biarkan diri merana. Walaupun kitani tahu Allah sentiasa melindungi bini-bini di dunia ani, namum berusaha lah.

Jangan hanya mengatakan .. eh aku inda payah bekerja keras, kerana aku bini-bini. Ya.. memang, Ibadat jangan di tinggal dan inda payah di cerita-ceritakan telah melakukan nya. Riak tia jadi nya.

Melakukan ibadat dan menjalani perintah Allah, menjaga diri dan banyak lagi tugasan bini-bini. Tanggongjawab bini-bini dan jua laki-laki. Yang bini-bini sudah berkahwin, banyak lagi di tambah tanggongjawabnya dari sebelumnya. Kalau dulu di rumah, indong saja, serta adik beradik. Sudah kawin, campor tia yang dirumah, dan suami dan keluarga suami. Banyak.. anak-anak lagi jika di kurniakan. Maka tidak sama seperti sebelumnya. Di sini tah akan mencoba kekuatan segalannya dalam menghadapi kehidupan. Iman dan Taqwa adalah kunci nya.

Persedian awal, sentiasa ada dan ingat akan nikmat yang di berikan oleh Allah.. Hanya sementara saja.

Bini-bini.. banyak jua yang di lihat. Pada awal kehidupan yang baik, setelah perginya pasangannya, nasib berubah. Tidak sama seperti dulu nya. Namun, nasib ada zuriat untuk menyambong tanggongjawab pasangan, kalau inda, sendiri tah baru kan mula berusaha untuk kehidupan seterusnya. Tapi kalau sebaliknya? Mampu atau tidak?

Kalau dulu mentertawakan orang betapa susah nya nasib orang dari diri. Tapi sekarang siapa yang mentertawakan? Ingat ... apa yang kitani lakukan, mungkin inda nampak sekarang, mungkin senang, namun hanya semantara. Sekelip mata boleh hilang jika Allah mengkehendakinya hilang..

Kecian ku kalau mengenang, kecian ku jua kalau sudah bini-bini inda mampu untuk mendapatkan kerja. Berusaha jua sudah. Kecian ku dengan keadaan. Siapa kawan dan siapa lawan. Kemana arah tuju, kalau sudah rasa seorang atu.

Mengenang masa senang masa lalu, memang inda dapat di rasa lagi, inda dapat di putar masa untuk masa lalu, tapi meneruskan hidup yang ada di depan melulu dan menunggu. Hanya Allah saja yang tahu perasaan hati.

Bukan bini-bini lain saja. Aku sendiri pun bini-bini. Memikirkan apa yang seterusnya ada untuk ku dalam hidup ku. Walaupun nampak senang, namun adakah kesenanangan ini berpanjangan. Biar senang bersederhana, Alhamdulillah. Tapi sudah kah ku bersedia? Takut ada jua, tapi bertawakal lah sentiasa..

Jangan putus dengan berusaha. Jangan menyakiti. Terutama kedua orang tua kitani. MasyaAllah.. dosa besar sekali.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

'Jangan di biar hidup terhuyung hayang, biar berangan-angan walau sekarang bukanya tertayang, namum ia boleh jadi kebenaran jika usaha berterusan..'

Kitani bini-bini sentiasa lah siap sedia. Buat sesuatu untuk diri sendiri dan anak-anak. Bukan untuk orang lain. Yang single, belajar lah dari yang pernah melalui dan jalani kehidupan yang sedia ada dengan penoh semangat dan yang bersuami, biarlah jua dengan keredhaan suami dan sentiasa dalam lindungan Allah.

No comments: