Sunday, January 23, 2011

WANITA LEBIH BANYAK ALAMI STRESS MENTAL?

BENARKAH WANITA LEBIH STRESS?

Data Kementerian kesihatan pada tahun 1996, didapati wanita secara umumnya menghadapi stress mental 1.5 kali lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Amnya ramai yang menghadapi masalah mental dikaitkan dengan masalah kekeluargaan dan ketiidakpuasan di tempat kerja.



DWI KERJAYA

50% dari tenaga buruh adalah wanita dan 70% dari mereka sudah berumah tangga. DWI kerjaya bermaksud individu itu mempunyai dua peranan iaitu di rumah dan ti tempat kerja.



STATUS KESIHATAN

Dapatan kajian dari 1000 orang wanita kerjaya, 55% mengalami lebih dari satu bentuk masalah kesihatan. Penyakit yang dihidapi :

kencing manis
sakit lutut
migrain
sengal sengal badan
insomnia
pening
sakit pinggang
kemurungan
sering selesma
deman
rasa kebas pada bahagian badan tertentu
darah tinggi

44% mengatakan berat badan telah meningkat disebabkan kecenderungan untuk makan bila stress.

32% penglihatan semakin kabur disebabkan penggunaan computer.

Secara keseluruhan 10% saja wanita yang mengaku sihat.

71% merasakan agak sihat.

16% bersetuju tida berapa sihat .

3% mengatakan langsung tidak sihat.


Ini adalah satu tanda amaran yang memerlukan tindakan segera.


Kajian yang di jalankan di Korea, wanita yang menanggung pelbagai jenis penyakit disebabkan oleh DWI KERJAYA jika berterusan selama 10 tahun akan mengalami sindrom kemurungan yang digelar sebagai Whabyung. Yang membimbangkan hampir 17% dari wanita dalam kajian mengatakan mereka telah mengalami kesemua penyakit ini lebih dari 7 tahun. Berkemungkinan ada wanita dari kajian ini mewakili sebahagian dari 400000 ribu yang mempunyai PENYAKIT MENTAL?



KONFLIK DALAMAN

70% mengatakan ia berlaku kerana berkejaran untuk menghabiskan kerja pejabat dan kerja rumah.



MASA TIDUR

34% wanita terpaksa mengorbankan waktu tidor untuk memastikan kerja rumah dapat dibereskan. Bangun seawal lima pagi dan tidor lewat satu malam.



KERJA RUMAH

80% mengaku terpaksa melakukan kesemua kerja rumah secara sendirian. Hanya 17% saja suami yang sedia membantu membuat kerja kerja rumah. Tidak menghairankan jika seramai 78% merasakan kelesuan mental apabila berada di tempat kerja.


to be continued .. i got to go now.. dinner!



now sambongan..


BERSAMA ANAK DAN IBU BAPA

Ramai wanita (70%) dalam kajian mengalami konflik dalam diri kerena merasakan tidak berlaku adil dalam menjaga kebajikan anak anak mereka. Beban ini lebih terasa kerena hampir 90% wanita dalam kajian ini tidak ada pembantu rumah atau keluarga terdekat untuk membantu menjaga anak anak mereka.

Wanita kerajaya DWI ini seumpama 'wanita generasi tersepit', kerana terpaksa mengimbangkan antara tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan anak.



MASA UNTUK DIRI DAN BERSAMA KAWAN

40% wanita tidak ada masa untuk bersantai dengan kawan. Menonton drama terkini malah mendengar berita pun sudah tidak kesempatan, lebih 50% mengatakan tidak ada masa untuk memanjakan diri dengan urutan.


BERSAMA SUAMI

55% mempunyai masa yang terhad untuk bersama pasangan kerena terlalu banyak kerja rumah maupun urusan pejabat yang perlu di laksanakan.

15% menjawab tidak ingat bila kali akhir mereka bermesra dengan suami.

Salah seorang responden "TERLALU BANYAK TUGAS OVERTIME DI TEMPAT KERJA SEHINGGA SUAMI DI RUMAH MENJADI PART-TIME" (.... phew! sampai begitu)

3% sangsi dengan perubahan dengan tingkah laku pada suami yang tidak semesra dulu.


Sebuah kajian di lakukan di kalangan 160 orang professional mendapati 11% mengalami konflik nafkah batin di kalangan pasangan kerja yang sudah berkahwin. Masalah dalam perkahwinan seumpama ini boleh MENGGANGU EMOSI dan boleh memberi kesan ke atas kerja.



WANITA DAN KERJA

50% wanita menyatakan hasrat untuk berhenti kerja jika diberi peluang kerena kesukaran untuk mengimbani tanggungjawab antara kerja dan keluarga.

Hakikatnya 80% merasa gembira jika mempunyai kerjaya serta dapat membantu dalam ekonomi keluarga. Lebih lebih lagi yang mempunyai anak. 7% dari pendapatan perlu di asingkan untuk perbelanjaan anak anak.

Pendek kata, wanita DWI KERJAYA berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu penjagaan anak anak, mejaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja.



Psst... Penting untuk di ingat, setiap keluarga berbeza. Ini adalah tanggungjawab setiap individu untuk mencari resepi tersendiri dalam mencari penyelesaian bagi kelurga.




Taken from an excerpt of an article from Mingguan Malaysia 23 Januari 2011, "WANITA LEBIH BANYAK ALAMI STRESS MENTAL?" - by Profesor Madya Dr.Sabitha Marican, Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya.


No comments: