Tuesday, March 16, 2010

LIDAH

MUTIARA KATA : 'Lidah orang yang berakal terletak dibelakang hatinya, hati orang yang bodoh terletak dibelakang lidahnya'.


Lidah hanya sekadar daging kecil yang ada dalam mulut manusia yang sempurna. Kalau tanpa lidah, seorang manusia akan kekurangan dan manusia tanpa lidah akan bertukar nama menjadi manusia bisu atau manusia yang tidak dapat berbicara.

Berhati-hatilah dengan LIDAH

Dengan Lidah orang dapat menikmati makanan yang lazat, kerananya Lidah adalah merupakan nikmat dari Allah SWT yang sangat besar ertinya dalam kehidupan manusia. Lidah lah yang menciptakan segala bahasa. Lidahlah yang memberi suara semua fikiran dan cita. Lidahlah yang memberi keindahan terhadap nyanyi dan irama. Lidahlah yang dapat membuat hati yang rindu menjadi mesra. Dan Lidah pulalah yang dapat memberikan nasihat sehingga yang bergelora menjadi tenang.

Sebaliknya LIDAH pulalah yang dapat memutar balikkan kata-kata, dari lidah keluarnya kata-kata berbisa, sehingga dari LIDAH pula penyebab keluarnya syari yang mengatakan ; "Masih ada harapan sembuh kalau pedang menusuk tubuh, kemana ubat hendak di cari, kalau LIDAH menusuk hati."

Makanya, wahai Mulimin Muslimah, BERHATI-HATI DENGAN LIDAH. Sebab Lidah dapat menimbulkan bencana dan fitnah, lidah juga boleh membuatkan orang yang bersaudara menjadi porak peranda, dan LIDAH pulalah yang dapat membuat orang bersatu menjadi pecah.

Jauhi dalam berbicara:-


1. BERDUSTA, MENGUMPAT ORANG DAN MEMFITNAH.
2. MENGELUARKAN PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BERFAEDAH.
3. MENGELUARKAN PERKATAN YANG KASAR, TERHADAP ORANG-ORANG, TERUTAMA YANG LEBIH TUA DARI DIRI SENIDRI.



Kerana yang demikian itu akan menjadikan Allah murka dan paling di benci oleh manusia. Dan ianya hanya merugikan orang lain, masyarakat, juga merugikan diri sendiri!

PS. Something i would like to share what i have read this morning. I hope and wish for us all dalam lindungan Allah SWT dan dijauhi dari kejahatan dan di bekalkan dengan keimanan dalam menghadapi kehidupan kita seharian.. Amin..

No comments: