Tuesday, March 15, 2011

RAMBUTAN BUDAK SEKOLAH

Semoga roh nya dicucuri rahmat. Pengalarnya Rambutan Budak Sekolah. Sedang saya mengoreng ikan dan berada di jendela mengupas kulit udang, kan memasak untuk makan tengahari. Terperanjat di buatnya, namun saya beritahu dengan nada tinggi sikit supaya dapat bertemu di depan pintu rumah saja.

Plastik kuning di ikat mati, di buka sambil bercerita pasal rambutan yang berwarna kuning. Sedih jua mendengarkan cerita dari hati seorang ibu tua. Saya bertanya pada ibu tua bila perginya anak yang di ceritakan? Enam tahun lalu nya. Ia tah mula nya sakit. Sakit kerana kecewa, sedih dan tidak menyangka. Anak bungsu meninggalkannya untuk selamanya.

Bertanam buah rambutan dan mangga. Sambil mengunjuki menceritakan kepergian anak yang di kasihi. Waktu makan 'aul' makan 40 hari, pokok rambutan dan mangga penoh dengan buah-buahan. Di suroh peradian menyedakahkan pada kawan-kawan. Rasa ibu untuk anak mengharapkan pahala untuk nya bekalan di alam barzakh. Arwah yang menanam pohon rambutan dan mangga. Semoga rohnya di cucuri rahmat.. Amin.

Pengalarnya Rambutan Budak Sekolah. Jarang jua bebuah kata ibu tua. Tapi nya, bebuah atu ku simbat kan untuk mu jua. Kecian jua. Bukan jua sihat banar ibu tua ani. Bejalan pakai tongkat. Bulan lalu, inda nampak. Rupanya di hospital betahan sekajap. Pengsan waktu malam ceritanya. Kalau bejalan pakai tongkat. Tongkat kayu yang dari pokok. Kadang inda tau ke mana. Jauh hampir pun inda tau. Alhamdulillah sekali sekala bila Ibu tua ada jalan-jalan, saya berhentikan kereta bertanya khabar. Pesan supaya berhati-hati jua.

Setiap kali menlintasi rumah, setiap kali jua mata mencari-cari di mana Ibu tua berada. Kadang ada di luar rumah. Kadang ada duduk di lantai di dalam rumah dengan pintu yang bepagar. Pun jua melambai-lambai tangan ani tanda nampak ibu tua dan mengatakan atau menyampaikan salam untuk hari ani. Suka saya meliat bila Ibu tua senang dengan lambaian tangan dan di lambai nya dengan senyuman. Alhamdulillah..

Pakain baju Kurong Kedah pendek, yang selalu di pakai orang tua-tua. Saya sendiri pun ada satu. Arwah nenek ada kasih satu. Selalaunya orang tua-tua saja yang suka memakai. Dipakai dengan kain batik/ kain sarong. Rambut di sanggol siput. Muka Ibu tua kecil dengan kulit bekedut dengan rambut yang penoh uban. Badan kurus sekali. Selipar jepun pakai bejalan-jalan. Sentiasa senyum bila terserampak dengan Ibu tua . (Saya ingin memberi gambaran Ibu tua yang di maksudkan.)

Seorang ibu kehilangan anak. Seorang ibu adalah dari seorang bapa dan seoran ibu juga. Seorang ibu tua yang mempunyai dua orang anak. Yang sulong pun punya anak-anak. Yang bongsu meninggalkan untuk selamanya. Kisah seorang ibu dengan rambutan budak sekolah yang berwarna kuning.

No comments: