Thursday, May 27, 2010

Luangkan masa untuk BerDoa.

Sedikit masa jika terlalu sibok dengan kerja. Walaupun kerja rasanya tidak memberi ruang untuk apa-apa, namum sentiasa luangkan masa tidak kira untuk berDoa. Luangkan masa sewaktu duduk di atas sejadah kegemaran, sembahyang Fardu Suboh, dua rakaat saja, inda sampai 5 minit pun, tempat selalu bersujud menyembah Allah dengan berDOA.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain. (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala, di sisiNyalah terdapat kunci perbendaharaan yang ghaib, dan yanya Dialah yang dapat melenyapkan kesusahan dan kesulitan. Memohonlah kepadaNya dengan permintaan yang mendesak dan bacalah selalu doa dengan berulang-ulang.

Setiap pagi bangun, dalam keadaan sempurna, masih bernafas dan boleh bergerak, masih boleh melihat dan membaca, masih boleh mendengar dan bercakap. Apa lagi yang kita mau, semuanya kita ada tapi hanya semantara. So berniat baik di pagi ini Insyallah perjalanan hidup akan sempurna jua. Dan dengan itu, sentiasa berucap Alhamdulillah dan berDoa lah.

Semoga kita semua dalam lindungan Allah.. Amin.

No comments: